Perkenalkan Tulisan Jawi

Posted by akmalhalim on 5:39 PM

Mari Memartabatkan Tulisan Jawi 

Tahukah anda di e-Store Stormreaders terdapat pelbagai buku tulisan jawi samada buku kanak-kanak ataupun bacaan orang dewasa. Dengan adanya produk jawi di Stormreaders ini diharapkan agar dapat menjadikan generasi zaman sekarang, generasi celek jawi. Sila lihat produk-produk tulisan jawi dan dapatkannya di e-Store Stormreaders Network.

KOD BUKU TAJUK HARGA
TBBK1139 Kisah Haiwan Makkah RM45.00
TBBK1140 Kisah Haiwan Madinah RM45.00
TBBK1103 Kamus Bergambar Pintar Soleh RM23.00
AMBK1008 Adik Suka Baca Jawi 1 RM9.90
AMBK1009 Adik Suka Baca Jawi 2 RM9.90
AMBK1010 Adik Suka Baca Jawi 3 RM9.90
AMBK1011 Adik Suka Baca Jawi 4 RM9.90
AMBK1012 Adik Suka Baca Jawi 5 RM9.90
AMBK1013 Adik Suka Baca Jawi 6 RM9.90
AMBK1068 Jawi (Buku Teks) RM5.90
AMBK1080 Jawi (Buku Aktiviti) RM3.90
AMBK1082 Siri Asma Al-Husna RM10.00

Gunakan Internet Explorer

Himpunan doa-doa majlis rasmi di sekolah

Posted by akmalhalim on 11:25 PM
Himpunan doa-doa yang boleh digunakan dalam majlis rasmi sekolah...

Mudah-mudahan majlis yang diadakan beroleh restu dan keberkatan dari-Nya.

http://www.scribd.com/doc/40138239/Doa-Majlis-Rasmi-Sekolah

Patuh Syariah

Posted by akmalhalim on 11:22 PM

MLM patuh syariah

Posted by akmalhalim on 11:20 PM


ARKIB : 09/11/2010

MLM patuh syariah

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar D JOHAN SHAHRIN
BERNIAGA merupakan pekerjaan yang sangat dianjurkan di dalam ajaran Islam. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan bahawa sembilan daripada 10 punca rezeki adalah menerusi jual-beli atau perniagaan. Ini bererti, melalui jalan perniagaan, maka pintu-pintu rezeki akan dapat dibuka sehingga kurniaan Allah terpancar daripadanya.
Apatah lagi jual-beli merupakan sesuatu yang dibolehkan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: …Sesungguhnya Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba… (al-Baqarah: 275), dengan catatan selama dilakukan dengan benar, sesuai dengan tuntunan ajaran Islam.
Akhir-akhir ini, kita menyaksikan keghairahan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia bergiat aktif dalam dunia perniagaan pemasaran bertingkat (MLM), sama ada secara separuh masa mahupun sepenuh masa.
Salah satu perniagaan MLM yang perlu diketengahkan ialah Stormreaders Network Sdn. Bhd. yang dimulakan pada Disember 2009. Uniknya, tentang Stormreaders Network ini ialah ia merupakan satu platform MLM yang telah diberi nafas baru.
Ia merupakan perniagaan melalui Internet yang menggunakan kaedah sistem gabung atau affiliate dan MLM.
Istimewanya, corak MLM yang diguna pakai oleh Stormreaders Network adalah berteraskan syariah. Manakala, dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah ialah Zaharuddin Abd. Rahman dan Dr. Zahazan Mohamed.
Stormreaders Network merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanah air seperti Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamud, Dr. Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi, Zaharuddin Abd. Rahman, Datuk Ismail Kamus dan ramai lagi.
Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk Telaga Biru dilakukan secara konvensional. Sebaliknya, di Stormreaders Network ia membawa pendekatan yang berbeza serta secara tidak melangsung menyediakan pilihan utama kepada mereka yang mahu berniaga MLM yang patuh syariah.
Pengurus Besar Stormreaders Network Sdn. Bhd., Syah Rizal Mohamed dalam satu pertemuan dengan Mega, di pejabatnya di Saujana Damansara, Petaling Jaya, Selangor berkata, dua tahun pertamanya telah dihabis dengan memperoleh lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan mematuhi keperluan syariah.
"Alhamdulillah, walaupun belum mencapai ulang tahun pertamanya, sekarang sudah ada 5,000 ahli dari seluruh Malaysia, Singapura, Australia dan United Kingdom. Malah buku-buku dan cakera padat-cakera padat daripada penerbit besar yang terdapat di Stormreaders Network sudah mencapai 500 tajuk kesemuanya.
"Stormreaders Network bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu, PTS Publication & Distributors, produk-produk Tabung Haji, buku-buku terbitan dari Indonesia dan tidak ketinggalan penerbit Indi (penerbit buku-buku ilmiah mereka sendiri) juga boleh didapati di dalam Kedai Stormreaders.
"Insya-Allah, pada masa akan datang kami akan muncul sebagai pusat sehenti kepada para penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan semua orang untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama Stormreaders Network," kata Shah Rizal.
Berkongsi kisah bagaimana semuanya bermula, cerita anak muda yang memiliki latar belakang dalam bidang teknologi maklumat (IT) itu, dia pernah diperkenalkan oleh seorang teman lama dengan sejenis perniagaan MLM, kira-kira tiga tahun lepas.
"Pada masa itu, saya cuma nampak dua perkara yang menarik tetapi sayangnya ia sekadar gimik sahaja iaitu sistem online tetapi sebenarnya direka-reka dan kedua, produk yang cuba hendak dijual itu sukar untuk diceritakan. Saya mula terfikir kenapa tidak direalisasikan online itu walaupun pada masa itu sudah ada tetapi belum jadi satu budaya berbelanja secara online dalam masyrakat kita ketika itu.
"Dipendekkan cerita, saya bertekad untuk adakan sistem online dan menggantikan dengan produk yang orang hendak dan bermanfaat. Saat itu, tidak terfikir langsung tentang konsep syariah. Asalnya, saya cuma hendak menyelamatkan industri muzik melalui penjualan CD menerusi kaedah ini. Tetapi ada pula cadangan dimasukkan buku sekali. Dari situlah, saya sedar akan kesesuaian buku menggunakan sistem ini supaya ia sampai ke rumah-rumah.
"Bermula dari situ, saya nampak buku lebih mampu pergi lebih jauh dan amat bersesuaian bukan kerana sebab bisnes tetapi keperluan. Pertemuan dengan Waharp Yusoff dan Zainuddin Abd. Rahman, barulah saya tahu bahawa MLM sebenarnya ada masalah dengan syariah dan beliau menolak bulat-bulat," kata Syah Rizal yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers.
Sambung Syah Rizal lagi, apabila melihat kesungguhan yang lahir ketika itu, akhirnya Zaharuddin akur ia boleh dibuat tetapi dengan kepatuhan syariah. Maka itu, untuk patuh syariah, katanya lagi, akad-akadnya perlu dijelaskan terlebih dahulu, kemudian barulah boleh diteruskan dengan pelan. Apa yang Islam izinkan, cuba patuhkan ikut syariah atau ubah pelan ikut sifat hukum tersebut.
"Kadang-kadang orang rasa pelannya sama, cuma ada serba sedikit sifatnya berubah ataupun penjelasannya berubah. Tetapi di situ kita kena berhati-hati. Misalannya seorang yang belum berkahwin, mereka sah sebagai suami isteri dengan adanya akad nikah yang mengambil masa sekadar seminit dua. Hakikatnya, dengan hanya seminit itu sahaja, ia boleh membezakan seseorang itu berkahwin secara sah atau sebaliknya. Di situlah, besarnya peranan akad tersebut.
"Malah yang penting, harga dijual pada harga pasaran. Kebiasaannya, di MLM biasa, harga dinaikkan demi untuk membayar bonus. Ini sudah jelas bertentangan dengan syariah Islam. Ini kerana telah berlaku penganiayaan kepada pembeli. Selain itu juga, dalam terma belian peribadi, nampak tidak kena sifatnya. Setiap bulan kena jual atau wajib beli. Ini jelas berunsur paksaan," katanya.
Tambah Syah Rizal, pada bulan ini, dia merancang mulakan pasaran ke Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan melancarkan Storm Kids, khas buat kanak-kanak.
Menariknya, ada online portal kerjasama dengan sebuah syarikat IT. Pelanggan akan dikenakan bayaran tahunan yang berpatutan dan berpeluang membeli buku-buku dan permainan kreatif.
Bergerak dengan moto Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat, harapan Syah Rizal agar Stormreaders Network menjadi pilihan pertama orang ramai untuk membeli buku secara online.
Selain ia dapat mewujudkan masyarakat berilmu, yang secara tidak langsung dapat memartabatkan bangsa itu kerana ketinggian ilmu di dada dan terakhir, menjadi platform kepada mereka yang mengetahui buku-buku yang berkualiti dari negara luar untuk dipasarkan kepada ulat buku yang lain.
Akui Syah Rizal lagi, dia tidak terlepas daripada menghadapi beberapa cabaran. Antaranya terpaksa menghadapi MLM yang biasa atau telah lama bertapak dalam masyarakat kita iaitu bonus yang jauh lebih besar berbanding MLM yang diperkenalkan menerusi Stormreaders Network.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MLM Stormreaders Network boleh melayari laman web www.stormreaders.com

Terbitan PTS di Stormreaders

Posted by akmalhalim on 1:27 AM
 
Buku PTS sudah berada di Stormreaders
Alhamdulillah, kini buku daripada PTS Publication sudah berada di e-Store Stormreaders. Dapatkannya segera!

Hubungi Saya !

Posted by akmalhalim on 11:57 PM




Ingin mendapatkan buku-buku agama, motivasi, doa-doa harian, zikir, novel islam motivasi, permasalahan agama dan banyak lagi.

Buku-buku bermutu terbitan Telaga Biru, Galeri Ilmu, Pustaka Imam Syafi'i(indonesia) dan Ana Muslim.

Anda boleh membelinya melalui online dan ianya akan dihantar terus kepada anda melalui Pos.

Rakan-rakan sekitar Bestari Jaya, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam hubungi saya Pengedar sah dan Ahli Stormreaders.

Abd Halim Bin Kamat
e-mail : akmal_692@yahoo.com.my
019-3138953 @ 019-2849199

Menambah Ilmu Menambah Pendapatan

Posted by akmalhalim on 10:55 PM

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

Pendaftaran

Posted by akmalhalim on 9:57 PM

Sila masukkan maklumat anda untuk pertanyaan atau pendaftaran:




Nama :

Email :
No. Telefon :
Pendaftaran :
Ahli
Pengedar

Buku-buku Do'a

Posted by akmalhalim on 9:16 PM
TBIN1012 (Indonesia) - RM17.00
Yazid Bin Abdul Qadir Jawas
978-979-3536-30-9 



 Do’a dikatakan berkualita bila do’a yang dipanjatkan tidak menyalahi apa yang Allah s.w.t. telah tetapkan dalam agama. Termasuk diantaranya adalah dari mana sumber do’a itu diambil. Do’a yang diambil dari al Quran dan as Sunnah yang shahih merupakan sebaik baik do’a yang dipanjatkan kerana sumbernya dipercaya. 

Oleh kerana itu, dapatkan buku-buku do'a berdasarkan keperluan anda yang ditulis dengan sistmatik  dan dilengkapi dengan beberapa pembahasan yang sangat bermanfaat bagi kaum Muslim. 

Didalam buku ini anda akan mendapatkan do’a do’a seputar permasalahan yang anda hadapi di dalam kehidupan sehari hari, seperti do’a memohon ampunan, do’a berlindung dari api neraka, do’a berkaitan dengan tidur, do’a makan, dan sebagainya. Semua do’a tersebut sangatlah bermanfaat untuk anda hafalkan dan amalkan. 

Mudah mudahan dengan pengamalan do’a tersebut, baik disaat berdiri, duduk mahupun tidur, maka anda dapat digolongkan kepada orang orang yang senang disisi kepada Allah s.w.t.

Solusi isu-su yang lalu

Posted by akmalhalim on 8:41 PM
TBMJ1023 - Sejauh Mana Cinta Kita Kepada-Nya ? - RM9.00
TBMJ1022 - Doa Mustajab atau Terhijab ? - RM9.00
TBMJ1021 - Melebur Takabbur - RM9.00
BMJ1020 - Belajar Daripada Alam - RM9.00
TBMJ1019 - Hikmah Musibah - RM9.00

TBMJ1018 - Disebalik Iqra' - RM9.00

Edisi Ulang Cetak

Posted by akmalhalim on 8:36 PM
 Isu Perdana - Kerana Rezeki Masuk Neraka - RM9.00

 Solusi Isu 2 - Jangan takut - RM9.00

 Solusi Isu 3 - Impak Dosa - RM9.00


Terbaru

Posted by akmalhalim on 7:47 PM
Majalah Solusi Isu 24 : Panjangkan Usiaku

TBMJ1024 - RM9.00

Usia umpama harta....
bukan banyaknya yang menjadi perhitungan
tetapi keberkatanya. Harta yang berkat,
sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.
Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat,
panjangnya melimpahkan kebaktian.

Dapatkan Majalah Solusi Isu 24 untuk kupasan selanjutnya.